Ini Kisah Ayah (Wisma Antik)

20151009_194535_Richtone(HDR)

Sejak dua tiga hari ini aku tidak dapat tidur lena seperti kebiasaannya, ini kerana mindaku jauh terbang ke masa lampau, menghidupkan semula memori-memori indah bersama al-marhum ayah yang telah pergi menemui Rafiqul A’ala genap dua tahun yang lalu.

Sebelum ini aku pernah mengarang cerita tentangnya yang aku coretkan setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu. Baru kini, aku punya kekuatan untuk menyambung kembali penulisanku mengenainya.

Masih aku ingat, sewaktu umurku lima tahun aku sekeluarga berpindah dari kota besar Kuala Lumpur ke sebuah kampung di Klang. Pada awalnya, agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan susasana dan persekitaran baru yang amat ketara perbezaannya dengan kehidupan di kota.

Perkara pertama yang ayah lakukan selepas berpindah di kampung itu ialah menyewa sebuah bangunan bekas sekolah agama yang sudah agak usang dan lama terbiar.

Sejak daripada itu, bermulalah langkah ayah untuk merealisasikan cita-citanya untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat kampung.

Pada peringkat permulaan, banyak masa dihabiskan untuk membaiki dan membaik pulih struktur bangunan yang sudah uzur. Ayah membaikinya sendiri dengan bantuan kami, anak-anak secara perlahan-perlahan dan berperingkat.

Kami membancuh simen, memasang tile, mengecat bersama siang dan malam tanpa henti. Selesai kerja, ayah akan belanja kami makan nasi lemak di warung arwah Pak Leh yang terletak berhadapan lorong rumah.

Setelah beberapa bulan, akhirnya bangunan itupun siap dan boleh mula beroperasi. Bangunan itu diberi nama Wisma Antik.

Peringkat permulaan, tempat itu dijadikan kelas komputer yang dikendalikan oleh abangku yang kedua bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai Abang Din.

Tak lama selepas itu, dibuka pula kelas tahfiz separuh masa setiap sabtu dan ahad. Antara tenaga pengajar pertama kelas tahfiz ketika itu ialah Ustaz Ghazali Ibrahim yang baru selesai pengajian dari Iraq.

Setelah beberapa lama, dibuka pula kelas pengajian muslimat. Ayah antara tenaga pengajar yang memberi kuliah di kelas pengajian itu. Walaupun jadual ayah padat dengan ceramah dan pengajian di luar, tetapi ayah tetap juga memberikan masa untuk mengajar di kelas pengajian Wisma Antik.

Tempat itu juga dijadikan pusat komuniti bersama masyarakat untuk bermesyuarat bersama jiran tetangga dan bersilaturrahim.

Pada bulan ramadan, ayah akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim yang tingggal sekitar kampung.

Aku perhatikan, walaupun kadangkala ayah keletihan berkejar ke sana ke mari memenuhi undangan ceramah dan kuliah, namun ada kepuasan di riak wajahnya kerana dapat merealisasikan cita-cita dakwahnya.

20151011_154045

Segalanya berjalan dengan baik, sehinggalah pada suatu hari ketika ayah sedang mengajar sekumpulan jururawat di rumah seorang makcik yang kami panggil Cik Esah, ayah di serang strok dan tidak dapat bergerak.

Lalu, ayah dikejarkan ke Hospital Besar Klang, tetapi oleh kerana terlalu ramai pesakit di sana, kami ambil keputusan untuk memindahkan ayah ke sebuah hospital swasta. Di situ ayah mendapat rawatan yang baik. Ayah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi.

Setelah beberapa hari, keadaan ayah semakin baik ayah dibenarkan pulang. Semasa kami pergi ke kaunter untuk discaj, kami terkejut kerana dimaklumkan sudah ada yang membayar kos rawatan ayah yang mencecah hampir RM10k.

Sebaik pulang daripada hospital, ayah meneruskan kembali aktiviti ceramah dan kuliah ilmunya, walaupun dinasihatkan untuk berehat tetapi ayah tak boleh duduk diam di rumah.

Aku menemaninya kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya dan menjadi pemandu membawanya ke tempat-tempat kuliah di sekitar Klang dan Kuala Lumpur.

Namun, tidak lama selepas itu keadaan kesihatan ayah semakin menurun. Ayah diserang strok kali kedua dan terpaksa berulang alik ke hospital.

Dalam masa yang sama ayah juga terpaksa melawan sihir yang dihantar oleh orang tidak senang dengannya. Bertimpa-timpa ujian yang ayah terpaksa lalui. Tapi, ayah kelihatan tenang dan mampu bersabar menghadapinya.

Pernah satu malam, semasa aku menjaganya di hospital bersendirian, ayah meminta aku untuk membacakan Al-Quran kerana di situ terdapat banyak syaitan. Bulu roma aku jadi meremang bila ayah cakap seperti itu.

Aku tak sanggup melihat keadaannya yang semakin kurus dan tidak bermaya kerana tidak boleh menjamah makanan. Keadaannya menjadi tidak terurus. Perwatakannya juga berubah daripada peramah menjadi pendiam.

Insan yang paling banyak berkorban ketika itu ialah emak yang sentiasa setia berada di samping ayah siang dan malam sehinggalah ke nafasnya yang terakhir. Di situlah aku melihat cinta sebenar sepasang suami isteri. 

Walaupun ayah sudah tiada, namum legasi dakwah yang diasaskannya di Wisma Antik tetap diteruskan sehingga kini dan semakin berkembang menjadi amal jariah buatnya di sana.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkannya bersama para syuhada dan solihin.

Advertisements

Full Itinerary & Bajet Trip Balkan-East Europe : 17 Cities in 27 Days Under RM2,500 !!

FULL ITINERARY & BAJET TRIP BACKPACKERS BALKAN-EAST EUROPE ; 12 Countries,17 Cities, 27 Days under RM2,500 !!
=============================

Assalamualaikum,
Kami baru pulang daripada trip backpackers ke 12 negara selama 27 hari. Ini route yang kami lalu.

Amman-Ankara-Istanbul-Cappadocia-Sofia-Skopje-Tirana-Kotor-Budva-Dubrovnik-Mostar-Sarajevo-Zagreb-Ljubljana-Salzburg-Munich-Frankfurt-Brussels-Athens-Amman

Di sini juga kami kongsikan Full Itinerary beserta bajet. Ada yang beranggapan kos bajet travel kami ni mahal kerana banyak negara dan hampir sebulan, tapi ternyata tidaklah terlalu mahal seperti yang disangka.

==============================

ITINERARY

Day 01 (Istanbul)

Morning- 1. Kucük Hagia Sofia, 2. (Taman tepi laut)

Noon- 1. Topkapi Palace, 2. Irene Cethedral

Night- 1. Restoran Malaysia Nur Muhammad (Naik tram dari stesen SultanAhmet ke Stesen Topkapi. Tukar ke laluan Metro ke Edinerkapi) 2. Persekitaran Masjid Biru

22292017_1476176765752418_1443287200_n

Day 02

Morning- 1. Hagia Sofia 2. solat Jumaat di Masjid Biru,

Noon- 1. Grand Bazaar

Night- Rehat

22359053_1476169915753103_221436649_n

Day 03

Morning- 1. check out.

Noon- 1. Spice Bazaar, 2. Makan balik ekmak tepi laut (burger ikan) , naik Bosphorus Cruise

Night- Rehat

IMG_8309

Day 04

Morning- 1. University of Istanbul 2. Sulaymane Mosque,

Noon- Lunch at Restoran Nur Muhammad

Night- Bertolak ke Cappadocia from Esenler Bus station(8hrs)

IMG_8505

Day 05 (Cappadocia)

Morning- check in hotel

Noon- rehat

Evening- Tunggu sunset di panorama hill (boleh tnya dekat org hotel)

Night- rehat

IMG_8625

Day 06

Morning- 1. 4.00AM Naik van ke Hot air balloon agency,

Noon- sight-seeing in Cappadocia town

Night- back to Istanbul

IMG_8763

Day 07

Morning- book ticket to Sofia, Bulgaria (Alpar Tours)

Noon- lunch at Restoran Nur Muhammad

Night- Bertolak ke Sofia (8hrs)

Day 08 (Sofia)

Morning- Check in hostel

Noon- rehat

Evening- Buka puasa di Restoran Mesir

Night- rehat

Day 09

Morning- hari raya aidil adha

Noon- 1. Solat jumaat kat Sofia mosque, 2. Museum History of Sofia, 3. Hot water spring 4. Market hall

Night- rehat

22323104_1476176372419124_776596435_n
Day 10

Morning- 1. Check out hostel 2. beli tiket ke Skopje

Noon- 1. Russian Church 2. Alexendre Nevsky Cathedral 3. Vitosha Bulevard 4. Ivan Vazov national Theatre 5.Lion Bridge

Night- bertolak ke Skopje

IMG_8793

 

Day 11 (Skopje)

Morning- 1. book tiket malam ke Tirana 2. Macedonia Square 3. Statue of Alexandre the Great 4. Old stone bridge

Noon- 1. Old Bazaar, 2. Old bazaar 3.Kale Fortress 4.Mustafa Pasha Mosque

Night- 1. Mall (dekat dgn bus station) 2.bergerak ke Tirana

IMG_8820

22292094_1476175929085835_1989777865_n

Day 12 (Tirana)

Morning- 1. Check in hotel (Choose Balkan), rehat

Noon- 1. Skanderbeg Square 2. Et’hem Bey Mosque 3. Sahat-Kulla (clock tower) 4. Pyramid statue

Night- rehat

22292055_1476175879085840_1339756671_n

Day 13 (Kotor)

Morning- 1. Bergerak ke Kotor (8hrs)

Noon – 1. Check in hotel

Night – Rehat

Day14 (Budva)

Morning-1. Check out 2. Naik bas ke Old Town Kotor

Evening- Naik bas ke Budva (3hrs)

Night- Bersiar-bersiar menikmati night life di pantai Budva

IMG_8871

Day15 (Dubrovnik)

Morning- Naik bas ke Dubrovnik (4hrs)

Noon- Naik bas bandar ke Old Town

Night- Bersiar-bersiar di tepi pantai

22291948_1476175632419198_2128381650_n

Day 16 (Mostar)

Morning- Naik bas ke Mostar (6hrs)

Noon- 2. Check In di Studentski Apartment

Night- Bersiar-siar di sekitar Mostar Old Bridge

22291853_1476171162419645_1238538688_n

Day 17

Morning- Berjalan ke Mostar Old Town

Noon- Naik bas ke Sarajevo

Night- 1. Check In di Guesthouse 2. Bersiar-siar di sekitar Old Town

 

Day 18 (Sarajevo)

Morning- 1. (Sarajevo square) 2. (Masjid besar sarajevo).

Noon- shopping sekitar old town

Evening- (sarajevo tower)

Night- naik bas ke zagreb (8hrs)

22330757_1476171242419637_1897702520_n.jpg

Day 19 (Zagreb)

Morning- 1. Zagreb bus terminal

Noon- 1. Zagreb square

Night- Naik bas ke Ljubljana

22323318_1476171135752981_1906861068_n

IMG_8968

Day 20 (Ljubljana)

Morning- Check in

22323143_1476171275752967_1430950842_n

Day 21

Morning- Check Out

Noon-

Night- Naik bas ke Salzburg

22323389_1476171265752968_1018694075_n

Day 22 (Salzburg)

Morning- Train Terminal

Noon

Night-Naik Train ke Munich (2hrs)

Day 23 (Munich)

Morning- Train Terminal

Noon- Masjid Morocco

Night- Naik bas ke Frankfurt

22385043_1476170552419706_2045855347_n

Day 24 (Frankfurt)

Morning- Train Terminal

Noon- 1. Restoran Nur Malaysia 2. Masjid Abu Bakar

Night- Naik bas ke Brussels

22323165_1476170325753062_530993074_n

img-20170916-wa0006.jpg

Day 25 (Brussels)

Morning- Train Terminal

Noon- Check in

Night- Rehat

22384997_1476170039086424_374448241_n

Day 26

Morning- Check out

Noon- Naik train ke airport

Night- Flight balik

22330913_1476169925753102_1061383038_n

Day 27

Transit Athens

—————————————————————

BAJET

[Tiket bas Intercity Transport]

1. Istanbul-Cappadocia – 26.3€

2. Cappadocia-Istanbul – 19€

3. Istanbul-Sofia -16.7€

4. Sofia-Skopje – 22€

5. Skopje-Tirana – 20€

6. Tirana-Kotor- 25 €

7. Kotor- Budva- 10€

8. Budva- Dubrovnik- 27€

9. Dubrovnik-Mostar- 22€

10. Mostar-Sarajevo- 9€

11. Sarajevo-Zagreb- 27€

12. Zagreb-Ljubljana- 13€

13. Ljub-Salzburg- 17€

14. Salzburg- Munich- 11€

15. Munich-Frankfurt- 23€

16. Frankfurt-Brussels- 30€

TOTAL : 318€ : RM1,581
[Accomodition]

1. Istanbul – (3 Night) 106€

2. Cappadocia – (1 Night) 40€

3. Sofia – (1 Night) 28€

4. Tirana – (1 Night) 19€

5. Kotor – (1 Night) 38€

6. Mostar – (1 Night) 33€

7. Sarajevo – (1 Night) 35€

8. Ljubljana – (1 Night) 30€

9. Brussels – (1 Night) 70€

TOTAL : 399€ (sponsor 94€) = 101€ RM507 per person

*9 malam = 11€ per night

[IntraCity Transport]

1. Istanbul – istanbul kart – 7tl 1.6€

– topup – 24tl 5.7€

– teksi ke esenler – 8tl 1.9€

2. Kotor – 0.8€

3. Dubrovnik – 16 kuna 2.1€

4. Mostar – 2.3 Mk 1.2€

5. Sarajevo – 7mk 3.6€

6. Zagreb – 8Kuna 1.05€

7. Ljubljana – 4€

8. Munich – 4€

9. Frankfurt – 4€

10. Belgium – 8€
TOTAL = 38€ (Rm 190.5)

[Aktiviti]

1. Istanbul museum pass- 85 tl 20€

2. Bosphorus cruise- 15tl 3.6€

3. Hot air balloon – 80€

4. Sofia – 1€

5. Skopje – 0.5€

6. Ljubljana -4€

TOTAL = 105.5€ (25.5€) RM 128.00

GRAND TOTAL : 482€ : RM2,400

P/S : Bajet tak termasuk tiket flight (kerana kami bergerak dari Jordan), makan dan souvenir.

​Detik cemas bergelut dengan penyamun di Belgium


Semasa kami merancang perjalanan kembara ke wilayah Balkan, kami mendapat berita promosi tiket penerbangan murah dari Belgium ke Jordan.

Jadi, kami membuat keputusan untuk merebut promosi tiket tersebut, lalu menyusun perjalanan kami dari wilayah Balkan sehingga ke Belgium sebagai destinasi terakhir pengembaraan kami selama 27 hari.

Oleh kerana ingin meminimumkan perbelanjaan, kami bergilir diantara tidur di hostel dan juga tidur di stesen bas apabila mengambil perjalanan malam, terutama di negara Eropah tengah yang begitu mahal kos perbelanjaannya.

Tetapi, kami juga mengambil kira soal keselamatan, dengan memastikan stesen bas atau kereta api yang menjadi tempat kami berteduh selesa dan selamat kerana semasa di negara Eropah Tengah cuaca mula sejuk.

Pada jam 4 pagi kami tiba di destinasi terakhir kembara kami di stesen bas Brussels setelah melalui perjalanan selama 8 jam dari Frankfurt. Suasana agak sunyi dan hari masih gelap.

Kami berlegar-legar di sekitar stesen bas itu, bagi mencari tempat untuk berehat sementara menunggu waktu subuh dan hari mulai terang. 

Kelihatan beberapa pengunjung yang tidur dan berehat juga di sekitar stesen itu, kami memilih untuk berehat di tempat duduk yang terdapat ramai orang di situ.

Setelah itu, dua orang daripada kami mengambil peluang untuk berehat seketika di kerusi itu setelah merasakan tempat itu selamat. Sementara saya pula berjaga kerana ingin menunggu waktu subuh sambil menghubungi keluarga bagi bertanya khabar ibu saya di tanah air.

Sedang saya leka berborak di talian, tidak jauh dari tempat kami berehat. Saya terlihat kelibat seorang lelaki yang mencurigakan berhampiran kawan saya yang sedang tidur.

Saya perhatikan gerak gerinya dari kejauhan dalam keadaan samar-samar kerana hari masih gelap. Setelah mendapati ‘Line Clear’ Lelaki tersebut mula bergerak ke arah kawan-kawan saya yang sedang lena tidur dan mengambil Iphone milik seorang kawan saya yang diletakkan di sampingnya, kemudian tangannya mencapai sebuah beg yang berisi kamera DSLR.

Tanpa membuang masa, saya terus melangkah laju mengejar pencuri itu yang tidak jauh daripada saya. Beliau kelihatan terkejut dengan kehadiran saya, lantas menyerah dan memulangkan semula barang kami yang dicuri setelah saya mengugut untuk memukulnya.

Dari raut wajahnya saya dapat mengenal pasti, pencuri tersebut adalah orang arab kerana saya banyak bergaul dan mempunyai ramai kenalan arab di tempat pengajian saya di Jordan.

Setelah saya pastikan, barang-barang yang dicurinya telah dipulangkan kesemuanya, saya lepaskan pencuri itu dengan memberi amaran padanya.

Kerana kekecohan daripada kejadian itu, kawan-kawan saya pun terjaga lalu saya menceritakan kejadian tersebut kepada mereka yang kelihatan masih sugul dengan kejadian yang tidak disangka itu.

Kemudian, mereka memeriksa barang-barang lain, jika ada yang dicuri tanpa disedari. Ternyata, terdapat sebuah backpack sebesar 60 liter milik salah seorang daripada kami telah lesap dicuri.

Kami mengesyaki pencuri tadi yang mencuri beg tersebut yang berisi pakaian dan juga terdapat sedikit duit di dalamnya. Lantas, kedua orang kawan saya pergi mengejar pencuri tadi. Sementara saya menjaga barang.

Tiba-tiba mereka dihalang oleh seorang pemuda arab, bertanyakan soalan dan menunjukkan gaya simpati dan ingin membantu kami. Beliau mencadangkan agar tidak mengejar pencuri tersebut, tetapi pergi ke bahagian keselamatan untuk melihat cctv.

Saya mengesyaki pemuda arab itu, salah seorang daripada kumpulan pencuri tadi. Kerana, beliau tiba-tiba muncul dan seperti sudah tahu beg kami disamun sebentar tadi.


Apabila hari sudah agak terang, kami berpindah ke sebuah kafe tidak jauh daripada tempat kejadian. Di situ kami bertemu dengan seorang rakyat malaysia yang mengembara secara solo.

Kami menceritakan kejadian yang menimpa kami sebentar tadi, lalu beliau pun mengakui yang di situ terdapat ramai pencuri yang berlegar-legar di sekitar stesen itu. Kerana beliau juga hampir menjadi mangsa ragut, namun beliau cepat menyedari dan lebih berwaspada selepas itu.

Sedang kami berbual, tidak jauh daripada tempat duduk kami terdapat satu keluarga dari Filipina yang mundar mandir dalam keadaan resah di sekitar kafe itu seperti mencari barang yang hilang. Lalu, kami bertanya apa yang mereka cari? Mereka menceritakan kepada kami, yang beg mereka yang berisi passport baru saja hilang dicuri semasa mereka sedang leka di kafe itu.

Terkejut kami mendengar cerita keluarga itu, kerana kejadian itu berlaku tidak lama selepas kami disamun. Kami pun mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bersama keluarga tersebut. 

Kejadian itu membuatkan mood travel kami sedikit down dan merasa ingin pulang segera.

Oleh itu, saya ingin kongsikan beberapa tips keselamatan : 

1. Study taktik scammer membuat aktiviti dan tempat-tempat yang hot dengan scammer

2. Walau di mana dan siapa sahaja yang kita bertemu semasa travel, jangan mudah-mudah menaruh kepercayaan selagi kita tidak benar-benar mengenali mereka.

3. Jangan terlalu ingin berjimat, sehingga menggadaikan keselamatan dan menyebabkan perjalanan travel kita menjadi tidak menyeronokkan.

4. Barang dan dokumen penting seperti passport, simpan di dalam pouch bag kecil yang tersembunyi dan pastikan sentiasa berada dengan kita setiap masa.

5. Sentiasa berwaspada walau berada di tempat yang kita rasa selamat. Kerana penyamun ada di mana-mana dan gerak geri kita sentiasa diperhatikan.

6. Jika travel berkumpulan, buat giliran berjaga jika mahu berehat di tempat awam dan di waktu malam.

7. Bawa alat yang boleh digunakan ketika berhadapan dengan penyamun, seperti spray atau alat getaran eletrik terutama traveler wanita.

8. Jangan terlalu menunjuk yang kita kaya dengan mendedahkan barang berharga di tempat awam.

9. Simpan nombor pejabat kedutaan negara yang kita lawati, jika berlaku masalah dan memerlukan bantuan.

10. Akhir sekali, jangan lupa berdoa dan meminta restu daripada kedua orang tua semasa travel. Yang ini, ramai yang pandang remeh. Tetapi, inilah faktor yang telah menyelamatkan saya daripada disamun.

Jika inginkan itinerary lengkap kembara saya boleh hubungi emel saya  di alamat zabidiazhar89@gmail.com

Cinta Jarak Jauh

“Malam ni kita dating ye, sayang ❤” 

Mesej yang diterima dari isteri membuat saya tersenyum bahagia.

Wahhh..berbunga hati menerima mesej dari kekasih hati. Tak sabar menanti tiba saat itu, seminit terasa bagaikan sejam lamanya menunggu.

“Ok, jom dating” Mesej yang diberikan isteri menandakan dia sudah bersedia.

“Ok, tapi boleh tunggu sekejap? Abang nak solat dulu, dah masuk waktu.” Jawabku meminta izin untuk menangguhkan seketika, bagi menyahut seruan yang esa.

Setelah selesai solat, kira-kira 15 minit masa diambil. Saya terus menghubungi isteri. Kami berhubung secara dalam talian menggunakan aplikasi Messenger.

Panggilan kali pertama tak berjawab.

“Tak dengar kot” bisik hati saya.

Saya cuba lagi hubungi kali kedua, juga tak berjawab.

“Pergi tandas agaknya” pujuk hati saya.

Sekali lagi saya cuba hubungi kali ketiga, pun tak berjawab.

“Dah terlena rasanya ni” saya cuba mengagak.

Saya hubungi adik ipar dan bertanyakan mengenai isteri. Ternyata, tekaan saya tepat. Dia dah terlena kepenatan. Saya faham keadaannya dan tak mahu menggangu tidurnya.

Keesokan paginya, saya terjaga jam 3 pagi, perkara pertama yang saya lakukan adalah menghantar mesej kepada isteri ucapan selamat pagi serta memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Setelah itu, saya bersiap ke kelas saya menanti mesej balas daripadanya. Pulang dari kelas jam 2 petang baru saya terima mesej balas selamat pagi pada waktu petang. Meskipun begitu, sudah membuat hati saya gembira.

“Boleh kita dating malam ni?” Tanya saya kepada isteri.

“Boleh” jawab isteri sambil memberikan ikon smiley tanda setuju dengan permintaan saya.

Kali ini saya memilih waktu yang tepat untuk menghubunginya bagi memastikan perkara lalu tidak berulang. 

Saya bertanya khabar dan bertanya mengenai kerjanya di hospital pada hari itu.

Lalu dia menceritakan pengalamannya bertemu dengan pesakit-pesakit yang bermacam ragam. Saya hanya mendengar sambil cuba memahami keadaan yang dilaluinya.

Setelah itu, dia mengadu betapa tertekan dan sibuknya susasana kerja di hospital sehinggakan hampir setiap hari tak sempat menjamah makanan, semasa bulan ramadan, lewat malam baru sempat berbuka. Adakalanya terlepas solat kerana ada beberapa kes kecemasan yang melibatkan nyawa pesakit.

Perlahan-lahan air matanya mengalir meluahkan segala tekanan yang dihadapinya. Saya memujuk dan memberikan kata semangat dari kejauhan agar dia tidak patah semangat mengejar impiannya untuk menjadi seorang doktor.

Di akhir perbualan, tiba-tiba isteri senyap tidak berkata apa. Saya memanggil namanya. Terus dia tersedar dan bertanya soalan pelik kepada saya.

“Awak dah buat CT scan?”

“Haaa..awak cakap apa ni?” Saya kehairanan dengan pertanyaannya.

“Takpe, awak teruskan buat free flow dan aspirin ye” katanya lagi.

Haha.

“Dah sah mengigau isteri aku ni” tertawa kecil saya dalam hati.

Tergelak saya seorang melihat betapa dahsyatnya kerja seorang doktor sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Begitulah rutin kami sejak tinggal berjauhan selama setahun, dengan jarak masa berbeza 6 jam memerlukan kami memlih timing masa yang tepat untuk berhubung. Waktu saya berjaga, dia tidur. Waktu saya ke kelas, dia pula sedang bekerja.

Ditambah pula, sejak isteri mula bekerja, seawal 5-6 pagi sudah keluar rumah dan pulang adakalanya sehingga jam 8-9 malam. Jadi, pulang rumah sahaja memang perlukan rehat.

Realiti perkahwinan, tidak sama seperti dalam drama telenovela. Hakikatnya masing-masing harus berkorban dan saling percaya, sabar dan redha resepi bahagia rumahtangga.

Lebih-lebih lagi, kepada yang berhajat untuk beristerikan seorang doktor, harus mempersiapkan diri mental dan fizikal serta memahami kerjaya mereka. 

Usah bermimpi jika mahu isteri sentiasa melayani, menyediakan hidangan, memakaikan butang baju melayu di pagi raya semua bagai. Sebaliknya, kita harus bertolak ansur dan perlu berlumba untuk saling memberi bukan hanya menerima sahaja.

7 Financial Mukmin

Saya banyak mengikuti seminar dan membaca bacaan mengenai kewangan, hartanah bagi memantapkan ilmu pengurusan kewangan. Tips dan input yang diberikan sangat bagus, ada juga yang saya amalkan. Contohnya, cara membeli kereta, simpanan, takaful, cara membeli rumah.

Tetapi, saya terfikir adakah ilmu ini tidak diajarkan di dalam Al-Quran ? Adakah Islam tidak menyentuh bab kewangan ? Saya cuba mencari jawapan dan akhirnya saya temuinya di dalam Al-Quran. Lalu, saya namakan nota ini sebagai 7 Financial Mukmin. Kerana, bagi saya ia adalah asas perancangan kewangan bagi setiap muslim. Saya tidak akan mengulas panjang, di dalam nota ini disertakan pautan buat rujukan.

  1. ZAKAT

Seperti yang kita semua sedia maklum, zakat merupakan rukun ketiga di dalam Islam selepas Ibadah Solat. Pentingnya tuntutan zakat ini sebagai penyucian harta pendapatan yang kita perolehi. Yelah, mana tahu waktu bekerja tu ada yang terculas ke, buat bisnes part time waktu pejabar ke, terclaim lebih duit syarikat ke.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. umat islam mula meninggalkan kefardhuan zakat, Sehinggakan Sayidina Abu Bakar telah melancarkan perang terhadap golongan ini. Ini menunjukkan zakat ini sangat penting di sisi Islam. Saya sendiri pun menerima bantuan zakat bagi melancarkan pengajian saya di sini. Terima kasih kepada pengeluar zakat J

“Ambillah sebahagian daripada harta mereka (umat Islam) sebagai sedekah, yang dengannya (ia dapat) menyucikan dan membersihkan mereka,” (At-Taubah: 103)

Bagi mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis, berapa jumlah haul zakat boleh rujuk di laman sesawang lembaga zakat di pautan berikut : http://www.zakatselangor.com.my/

  1. NAFKAH

Sebagai seorang lelaki, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak dan isteri, bagi yang sudah berkahwin. Seterusnya, memberi nafkah kepada orang tua dan keluarga kita. Sedekah yang paling utama adalah kepada diri, isteri dan keluarga.

“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka(laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita) dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (An-Nisa:34).

Ayat Al-Quran ini menjadi dalil kepada kewajipan memberikan nafkah. Suami harus juga memberikan nafkah meskipun isteri punya pendapatan sendiri. Bahkan, disebutkan juga di dalam hadis yang membenarkan untuk isteri mengambil wang suami mengikut keperluannya. Berapakah jumlah nafkah tidak ditetapkan, yang disebutkan menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan.

  1. ILMU

Jangan ingat menuntut ilmu ni zaman sekolah atau universiti sahaja, habis sekolah terus tinggal semua buku-buku yang pernah dipelajari dahulu. Sedangkan, kewajipan menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.

 Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat“. (Al-Mujadalah : 11)

Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. (HR. Ibnu Majah)

Zaman serba canggih sekarang ini, banyak teknologi yang kita boleh manfaatkan untuk menimba ilmu. Kalau tak sempat ke majlis ilmu, atau membaca buku, boleh menonton video di youtube, atau dengar audio books sambil-sambil memandu. Jika tak mampu beli kitab kerana harganya yang mahal, boleh download pdf dan simpan di dalam tablet. Tetapi yang paling baik adalah menadah kitab atau bertalaqqi sendiri dengan guru.

  1. TAKAFUL

Zaman sekarang ni dinasihatkan untuk ambil takaful. Sebab apa ? sebab dengan gaya hidup kita sekarang ni memang menempah bermacam-macam penyakit. Kau tu sekali makan memang pelahap tak ingat dunia ya ampun. Mana taknya, kat media sosial orang duk buat review tunjuk tempat makan best-best. Aku yang duduk kat perantauan ni mengaga je lah tengok orang upload makan sedap-sedap kat fb. Huhu.

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”. (Al-Maidah :2)

Takaful tu sendiri bermaksud tolong-menolong. Bila kita ditimpa kecelakaan, pihak takaful akan tampung kos rawatan daripada caruman kita bulan-bulan. Tapi, kena bezakan takaful dengan insurans konvensional.Nak tau lebih lanjut, boleh baca kat sini : http://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/profil-korporat/konsep-manfaat-takaful

Harap syarikat takaful bagi lah sikit royalti sebab promosi takaful dalam tulisan saya ni. Hehe.

  1. TABUNG HAJI

Bagi yang belum membuka akaun dan daftar haji, nasihat saya eloklah berbuat sekarang. Kalau melengah lagi, jawabnya lagi 80-100 tahun akan datang baru kau dapat naik haji. Itu pun kalau sempat dik oi. Ibu bapa dinasihatkan untuk buka akaun dan daftarkan anak-anak anda sejak mereka kecil lagi.

“Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. ” (Al-Baqarah : 196)

Menabung dalam tabung haji pun bagus juga kerana dividen yang diberikan sebanyak 5 % dan 1.5% bonus haji. Tabung haji juga telah membayar zakat simpanan bagi pihak pendeposit. Untuk info lanjut tuan-puan boleh layari laman sesawang rasmi Tabung Haji di pautan : http://www.tabunghaji.gov.my/

  1. RIBA’

Di dalam Al-Quran sudah jelas larangan mengambil Riba’. Sehinggakan Allah mengisytiharkan perang kepada orang yang mengambil Riba’.

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah :276)

Riba’ bermaksud tambahan atau bunga daripada hutang ataupun jual beli lebih daripada sepatutnya. Contohnya, kita meminjam RM10, tetapi kita perlu bayar semula dengan bunga sebanyak RM20. Itu diharamkan dalam Islam. Faedah daripada bank konvensional juga dikira riba’.  Sekarang ni dengan hasil usaha pejuang ekonomi Islam, sudah banyak bank-bank yang bertukar kepada sistem perbankan Islam. Tiada alasan lagi untuk kita terlibat dengan riba’.

Boleh rujuk di pautan ini untuk mendapatkan pencerahan berkenaan riba’ : http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/

  1. HUTANG

Islam membenarkan untuk kita berhutang, tetapi perkara ini harus di ambil perhatian dengan disunatkan untuk mencatat hutang bagi mengelakkan terlupa. Juga disunatkan didatangkan 2 orang saksi. Perkara ini disebutkan di dalam Al-Quran.

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.” (Al-Baqarah :282)

Tapi, masalah orang kita ni bila dah berhutang, buat-buat hilang ingatan pulak. Terpaksa lah si pemberi hutang yang datang menuntut semula hutang. Kadang-kadang tu mampu je nak lunaskan hutang, tapi boleh pulak dibelanjakan dengan melancong, shopping. Dan, kita terlalu bermudah-mudah untuk berhutang, beli perabot, tv, motor, sedangkan kalau tak mampu tak payah la beli.

Banyak hadis yang menceritakan akibat daripada orang yang tidak melunaskan hutang

“Semua dosa orang yang mati syahid Akan diampuni (oleh Allah), kecuali hutangnya.” (H. R. Muslim)

Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (H. R. Tirmidzi)

Apa yang saya kongsikan ini bukanlah rekaan saya, malah ia adalah petikan yang saya keluarkan daripada Al-Quran dan Hadis. Saya hanya menyusun menjadi satu nota buat panduan kita bersama. Ini juga merupakan pelan kewangan yang saya amalkan selama ini.

Sebelum kita bercita-cita untuk menjadi jutawan, memilki rumah dan kereta. Eloklah kita sama-sama perhatikan perkara-perkara asas ini supaya rezeki kita berkat dan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Jika anda merasakan ilmu ini bermanfaat, silakan SHARE dengan izin daripada saya. 🙂

7 Financial Mukmin

BELAJAR TAWAKKAL DARI SEEKOR BURUNG

Ibadah yang difahami kebanyakan daripada kita ialah ibadah yang berbentuk zahir, seperti Solat, Zakat, Haji, Membaca Al-Quran.

Tetapi, ramai yang terlepas pandang tentang ibadah hati. Apakah ibadah hati itu ? Ia adalah perintah Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran, tetapi perlaksanaannya tidak nampak pada pandangan mata manusia.

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali Imran:159)

Diantara ibadah hati itu adalah, sepertimana yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Ghazali iaitu Taubat, Sabar, Syukur, Redha, Tawakkal, Mujahadah, Raja’, Khauf, Mahabbah, di dalam ilmu Tasawwuf ia disebut sebagai Maqam Ma’rifat.

Kali ini, saya akan cuba mengupas berkenaan sifat Tawakkal. Saya cuba kongsikan pada perspektif saya hasil daripada pengalaman dan juga pengamatan saya.

Ramai beranggapan rezeki itu apa yang di tangannya.
Sedangkan, rezeki itu merupakan rahsia Allah yang kita tidak tahu bagaimana percaturannya. Dia pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia boleh menaikkan dan menjatuhkan seseorang dalam sekelip mata.

Oleh kerana kita hidup di zaman moden, menjadikan jiwa kita terlalu menebal dengan materialistik. Jiwa sentiasa gelisah bila tiada duit di tangan, hati terlalu risau akan menempuh masa depan yang masih tidak pasti. Dengan kenaikan kos sara hidup dan keperluan yang lain, menambahkan lagi tekanan hidup.

Semua perkara kita akan berkira. Pakai kereta mewah, tetapi bila keluar makan dengan kawan, waktu bayar semua buat tak paham. Tinggal di rumah besar, tapi tak pernah jemput ibu ayah di kampung datang ke rumah. Mampu makan di restoran mewah, tapi bila ada peminta sedekah, nak hulurkan seringgit pun payah. Aduh ! kemewahan telah menghancurkan kemanusiaan.

Ditambah pula, sifat kebergantungan kita kepada sijil, kepada majikan, menjadikan sifat kebergantungan kita kepada Allah semakin luntur. Ini kerana, kita berasa selesa dan menganggap hidup kita telah terjamin dengan apa yang kita ada.

Si penuntut ilmu, belajar dan mengejar sijil dengan niat untuk memperoleh jawatan tinggi. Tidak terlintas untuk menyumbang ilmunya itu untuk manfaat ramai. Semuanya untuk kepentingan diri semata-semata.

Anak muda pula, bekerja keras untuk mencapai impian memiliki kereta mewah dan mengumpul kekayaan sehingga tidak mengambil kira sumber diperolehi dari jalan yang halal mahupun haram. Tidak terfikir pula untuk diinfakkan hartanya itu untuk insan yang lebih memerlukan melalui zakat ataupun sedekah.

Ibu bapa pula, terlalu sibuk bekerja di luar rumah. Tak cukup dengan kerja di pejabat, terpaksa pula melakukan kerja tambahan bagi menampung keperluan hidup keluarga, sehingga mengabaikan anak-anak di rumah. Tujuan asal mencari rezeki untuk membahagiakan keluarga telah dilupakan.

 

www.hdnicewallpapers.com

 

Saya ada terbaca satu status di media sosial, yang mempersoalkan kepada mereka yang memilki ramai anak sebagai menyusahkan negara, atas faktor bebanan hidup dan kemelesetan ekonomi. Beliau menasihati supaya dilakukan perancangan keluarga dan meletakkan had anak sepertimana di negara China.

Lihatlah, bagaimana orang tua kita dahulu membesarkan kita dengan adik-beradik yang ramai, saya sendiri ada 11 beradik. Manakala, ibu saya ada 14 beradik. Walaupun, dahulu gaji ayah kita tidaklah sebesar gaji yang kita perolehi sekarang. Tetapi, Allah telah menjamin rezeki setiap orang. Diberikan ilham untuk mendapatkan rezeki buat keluarganya.

Hikmah mengapa junjungan mulia Rasulullah S.A.W. dibesarkan di dalam keadaan yatim piatu, adalah untuk mendidik nabi agar sentiasa bergantung dan menyerahkan segalanya hanya pada Allah. Lantaran itu, baginda berani menyampaikan dakwah kepada kaumnya walau dihina, dicaci dan difitnah. Kerana baginda yakin Tuhan sentiasa ada bersama-Nya.

Di dalam sebuah hadis nabi mengajak kita untuk melihat bagaimana tawakkal dari seekor burung

Dari Umar bin Al-Khatab R.A., dari Rasullulah S.A.W. bersabda:

“Seandainya kalian sungguh sungguh bertawaakal kepada allah, sesungguhnya allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana allah memberikan rezeki kepada seekor burung yang pergi dalam keadaan perutnya yang lapar lalu kembali lagi tetapi dalam keadaan kenyang.” (HR. Imam ahmad, Tirmidzi, ibnu hibban serta Al hakim)

Orang yang bertawakal tidak akan berkeluh kesah dengan apa sahaja, ujian yang ditimpakan kepadanya. Dia tidak akan beputus asa jika gagal, dia akan berusaha dan terus usaha sehingga Tuhan berikannya kejayaan. Dia juga akan sedar harta yang dimiliki hanyalah pinjaman, lalu ia kongsikan hartanya itu kepada manusia lainnya.

Tawakal ini tidak akan diperolehi tanpa latihan dan juga keyakinan yang tinggi. Justeru itu, letakkan keyakinan kita sepenuhnya kepada Tuhan, pasti tak mengecewakan !
.

Taubat Seorang Gay ; Surat Terbuka Buat Pengamal LGBT

Saya tujukan tulisan saya ini kepada saudara-saudara saya yang terlibat dengan Gay, Lesbian, Bisexual, Transgender. Saya berpesan atas dasar kejadian kita yang sama dan akan kembali bertemu Tuhan yang sama.

1. Kenal Diri, Kenal Tuhan

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” [At-Tin :4]

Saya buka dengan satu petikan dari Al-Quran yang menjelaskan bahawa Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain adalah dikurniakan kepada kita akal untuk berfikir. Perintah untuk berfikir ini diulang sebanyak 100 kali di dalam Al-Quran. Apa yang perlu difikirkan ? memikirkan kejadian Tuhan yang terdapat di sekeliling kita. Pernahkah kamu terfikir mengapa Allah menciptakan setiap kejadian berpasang-pasangan ? Malam pasangnya siang, hitam lawannya putih. Bayangkan bagaimana jadinya dunia ini malam sahaja tanpa adanya siang. Porak peranda bukan ? Mengapa lubang hidung kita terletak ke bawah, bukan di atas ? Memudahkan untuk kita korek hidung (haha..kelakar tak?) Mengapa jari kita tidak sama panjang ? Semua itu ada fungsinya tersendiri. Setuju ?

“Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali.” [An Nisaa :1].

Mengapa diubah kejadian Allah yang sudah sempurna ? Kamu katakan yang kamu terperangkap dalam tubuh lelaki, lalu kamu membuat pengubahsuaian tubuh yang dipinjamkan Tuhan. Saya berikan satu analogi, apa akan terjadi jika kereta Kancil diubahsuai enjinnya dengan enjin Nissan GTR ? Mau meletop kereta Kancil kerana tidak sepadan enjin dengan body kereta yang ringan. Begitu juga, jika kita memilki kereta BMW tetapi bila rosak kita hantar ke bengkel kereta Proton, mekanik pun garu kepala nak membaiki kerana bukan kepakarannya. Jadi, pointnya di sini adalah setiap ciptaan itu ada fungsi masing-masing, dan rujuklah dengan panduan yang telah diberikan oleh pencipta kita iaitu Al-Quran bagi menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Kamu kata itu naluri kamu, yang cenderung untuk menyukai makhluk sejenis dengan kamu. Kalau begitu, bolehkah saya memukul kamu kerana karekter saya yang panas baran dalam diri. Sifat pemarah itu boleh dikawal dengan latihan, begitulah juga dengan kecenderungan seks kamu itu. Sebenarnya itu adalah keinginan nafsu dalam diri kita, yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Tak usah la diikutkan kehendak nafsu tu, kelak kan merana. Perangi ia dengan mujahadah, senjatanya adalah berdoa agar diberikan taufiq dan hidayah dari Allah.

 

taubat
Tuhan sentiasa menanti-nanti taubat dari hamba-Nya

2. Rahmat Tuhan Itu Luas

Selagi namanya manusia, pastinya tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Kau Ulama’ ke, Imam Muda ke, Menteri ke, Pemandu teksi ke, Mekanik ke, Guru ke, semua orang ada dosa yang dilakukan. Dosa mengumpat, dengki, mengecam di fb, stalk instagram awek, mengambil riba, pecah amanah, curi gula-gula kat kedai runcit wak ribut, semua itu dosa yang tak terlihat di mata manusia. Namun, tercatat oleh malaikat di dalam buku amalan masing-masing.

Masyarakat mengutuk dan mencaci kamu kerana dosa yang kamu lakukan nampak pada jasad tubuh kamu. Namun sebaliknya yang mencaci kamu itu dalam keadaan di mulutnya sedang menyedut asap rokok sambil berdating dengan awek. Ya, manusia tak pernah gagal untuk melihat kesalahan orang lain.

Kamu tahu tak kisah seorang lelaki di zaman dahulu yang telah membunuh 99 orang lalu ingin bertaubat ? Kisahnya begini, lelaki itu berjumpa dengan seorang rahib dan menyatakan keinginannya untuk bertaubat.

“Taubat kamu tak akan diterima Tuhan” jawab sang rahib.

Oleh kerana berang dengan jawapan yang diberikan oleh rahib, lelaki itu terus membunuh rahib tersebut. Menjadikan bilangan mangsa bunuhnya genap 100 orang. Lalu, dia mencari pula orang alim lain bagi meminta pandangan. Berjumpalah dengan seorang alim dan beliau menyatakan hasratnya kepada orang alim tersebut.

“Aku telah membunuh 100 orang, adakah taubatku diterima ?”

“Ya, siapakah yang akan menghalang seseorang daripada bertaubat ?” Jawab si alim.

“Sekarang kamu pergilah ke sebuah kota ini, yang mana penduduknya semua beribadah kepada Allah. Tinggalkanlah tempat kamu yang penuh dengan maksiat itu.” Sambung orang alim itu lagi.

Setelah mendengar penjelasan daripada orang alim itu, Lelaki itu terus beredar menuju ke tempat yang disebutkan. Ditakdirkan, dalam perjalanan maut datang menjemputnya dan beliau pun meninggal di situ.

Datanglah malaikat Rahmat dan malaikat Azab untuk membawa roh lelaki tersebut. Namun, berlaku pertelingkahan diantara kedua malaikat siapa yang lebih berhak. Diutuskan malaikat yang lain untuk menghakimi permasalahan tersebut. Malaikat memerintahkan supaya diukur jarak jasad lelaki itu dengan Kota orang soleh. Ternyata, setelah diukur jasadnya hampir dengan kota itu. Maka, malaikat Rahmat yang lebih berhak mengambil lelaki tersebut.

Lihat, sebesar manapun kesalahan yang kamu lakukan, Jika kamu bertaubat dan kembali kepada Tuhan, pasti Dia akan menerima kembali hamba-Nya. Tinggalkan persekitaran yang membuatkan kamu hanyut dengan maksiat. Binalah kehidupan yang baru, ramai di luar sana akan bersama kamu untuk berubah.

Mungkin ada sesetangah yang beranggapan, dia melakukan maksiat tapi hidupnya senang lenang, hidup mewah berkat rezeki ‘halal’ yang diperolehinya. Saya ingin jelaskan, pertamanya kita beruntung kerana menjadi umat nabi Muhammad S.A.W. kerana nabi kita telah memohon untuk ditangguhkan azab kepada kita. Keduanya kepada pelaku maksiat, Allah akan bagi sebanyak-banyak kemewahan agar dia tertipu dengan kemewahan itu sehingga melupakan pemberi rezeki, lalu layaklah dia diseksa di akhirat nanti. Sepertimana Kisah Qarun yang lalai setelah dilimpahi kemewahan. Ini disebut sebagai Istidraj.

3. Sokongan Masyarakat

Di barat, banyak kes bunuh diri akibat tekanan jiwa dan tidak tahan dengan perangai manusia yang gemar menghukum berbanding menyokong. Mereka hilang tempat bergantung, lalu mengambil jalan mudah dengan menamatkan riwayat hidup mereka dengan membunuh diri. Tapi, itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Malah, menggandakan dosa yang sedia ada. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Saya ada mendengar luahan dari seorang kawan yang dirahsiakan identitinya, mereka terjebak dengan kancah maksiat ini kerana krisis dalam keluarga, trauma dari pengalaman lalu. Jika kita terus juga menghukum, ke mana lagi tempat untuk mereka berlindung ?

Saya mengambil kesempatan ini, untuk menyeru seluruh masyarakat supaya menghulurkan tangan untuk turut sama membantu saudara kita yang telah tersasar, dengan memimpin mereka kembali ke jalan yang benar. Saya pernah mengalami situasi begini, dicaci dan dipandang lekeh oleh masyarakat atas kenakalan saya dahulu, jadi saya amat memahami tekanan yang dialami oleh mereka.

Teguran ini terpakai kepada semua golongan, samada bekas mat rempit, bohsia, mat pet, kaki gam, bekas banduan, perogol bersiri, mak nyah, gangster, raver, hipster, hakikatnya kita semua adalah pendosa, apabila bertaubat mereka telah suci di sisi Tuhan.

Akhir sekali, kita semua pasti akan dibangkitkan bersama di padang mahsyar nanti. Disebutkan di dalam Al-Quran, berbahagialah bagi orang yang menerima kitab amalannya dari sebelah kanan (Ashabul Yamin) dan celakalah bagi orang yang menerima dari sebelah kiri (Ashabul Syimal) bersama-samalah kita berlumba membuat amal kebaikan. Semoga kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat nanti kerana amal-amal pahala dipindahkan kepada orang yang kita telah kita zalimi.

Saudaramu yang berdosa,
Zabidi Azhar

P/S : Jangan biarkan mesej ini berlalu begitu sahaja, kirimkan kepada 7 orang, anda akan mendapat berita gembira dalam masa 7 hari ! (gurau saja..haha)

#saynotoLGBT
#kembalikepdafitrah
#umatbersaudara