7 Cabaran Belajar Di Luar Negara

SERONOK KE BELAJAR KAT LUAR NEGARA ? 

Bermulalah musim pelajar-pelajar lepasan SPM mencari hala tuju bidang pendidikan masing-masing.

Jika berpeluang, pastinya ingin melanjutkan pengajian di luar negara. Melihat dunia dan budaya luar.
Kita hanya melihat yang indah-indah cerita keseronokan bermain salji, berjalan ke sana sini, Ucapan raya salam perantuan di media sosial sahaja.
Tapi, di sebalik itu, tak ramai yang tahu kisah susah payah pelajar di luar negara.

1. KEWANGAN

Rata-rata yang belajar di luar negara mendapat tajaan, kerana kos sara hidup yang tinggi. Tapi, ada juga yang datang secara persendirian. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kejatuhan matawang turut memberi kesan bagi pelajar di luar negara.
Disebabkan itu, ada yang memerah keringat membuat pekerjaan sambilan, berniaga untuk menambahkan pendapatan. Ada juga yang terpaksa mengikat perut untuk berjimat. 
Pihak universiti pula ada yang hanya memikirkan keuntungan sahaja, sesuka hati menaikkan yuran tanpa alasan yang munasabah. Sehinggakan, ada yang tak dapat teruskan pengajian kerana kesesakan kewangan.
2. BAHASA

Duduk di negara orang pastinya memerlukan penguasaan bahasa yang baik, bagi melancarkan proses belajar dan komunikasi dengan masyarakat tempatan.

Memahami bahasa yang tertulis dalam buku satu hal, satu hal lagi jika pensyarah bertutur menggunakan bahasa pasar di dalam kelas. Ternganga jelah mendengar celoteh guru di depan. Bila pelajar lain gelak, kita pun buat-buat juga gelak walaupun sepatah haram tak faham apa yang lawaknya. Haha.

3. CUACA

Tinggal di negara 4 musim ni sebenarnya tidaklah terlalu menyeronokkan pun. Bila tiba musim sejuk, seronoklah sekejap dapat main salji, upload kat facebook.  Lepas tu, 3 bulan terpaksa menanggung derita kesejukan. Pakai baju sampai 3-4 lapis. Kalau yang buka pemanas, siaplah bil eletrik mencanak naik.
Pengalaman menempuh ramadhan pada musim panas lebih mencabar. Terpaksa menahan lapar sehingga 16 jam kerana waktu siang yang panjang. Waktu malam pula menjadi lebih singkat, tak lama selepas habis solat terawih dah kena bersahur pula. 

4. BUDAYA

Setiap negara ada budaya tersendiri, kenalah kita sesuaikan diri dengan budaya tempatan. Ada yang baik kita contohi, yang buruk kita tinggalkan.
Contohnya, di negara arab sangat menjaga kehormatan wanita, sehinggakan aib bagi mereka jika membiarkan wanita berdiri di dalam bas. Dan, jika makan di restoran disediakan tempat khas untuk wanita dan keluarga.
Sifat Asobiyyah atau rasis sesama kabilah juga amat menebal di sini, jika kita membuat masalah dengan seseorang, habis semua satu kabilah datang back up, walaupun dia yang bersalah. Sampaikan polis pun tak mampu berbuat apa-apa.

5. SISTEM

Berurusan di sini memang memerlukan kesabaran level tertinggi, tak seperti di negara kita. Perkara yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat menjadi berlarutan kerana sikap bertangguh dan sambil lewa pegawai.

“Bukro..bukro”
tempik si pegawai, menyuruh untuk sambung urusan esok. Sedangkan waktu pejabat masih belum tamat. Adakalanya, kita ditendang seperti bola, sengaja disuruh ke sana sini untuk lengkapkan dokumen. Memang sakit hati.

6. KELUARGA

Penyakit yang menular di kalangan mahasiswa di luar negara adalah ‘Homesick’. Pedih tu menanggung rindu. Terutamanya, masakan mak.
Ada diantaranya yang 2-3 tahun tak pernah balik, ada pasangan suami isteri yang terpaksa tinggal berjauhan. Yang paling menyedihkan, jika ada kematian ahli keluarga di tanah air.

7. KESELAMATAN

Sepertimana kita memandang lekeh pendatang asing dari bangladesh mahupun myanmar di negara kita, begitu juga nasib pelajar di sini terima.

“Ali Baba..Hongga-Hongga”
Begitulah antara ejekan yang sering diterima. Mereka anggap negara kita tak bertamadun, duduk dalam hutan pegang sumpit, pakai cawat kerana melihat gambar di poskad yang menonjolkan alam semula jadi di negara kita.
Banyak kes-kes ragut, rompak, pecah rumah, raba, flasher yang terjadi kepada pelajar-pelajar kita. Sehinggakan dibuat peraturan, tidak dibenarkan bagi pelajar wanita keluar malam kecuali dengan ‘murakib’ iaitu pelajar lelaki menjadi pengiring.

Siapa yang berhajat untuk datang ke sini, silakan. Tapi, siapkan mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran luaran. 

Kalau sapa ada pengalaman menarik, boleh kongsikan di ruangan komen. šŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s