Hidup Di Bawah Naungan Syariat

TAHUN DUKACITA

Penutup tirai tahun baru 2014, ditutup dengan air mata dan kesedihan di atas musibah yang bertimpa-timpa ke atas negara kita, tahun yang begitu sukar yang ditempuhi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana.

10 tahun lalu, iaitu pada penghujung 2004, kita dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang telah meragut 250,000 nyawa dan memusnahkan banyak harta benda dan menyebabkan 1.7 juta orang hilang tempat tinggal yang melibatkan 18 negara, negara kita telah mencatatkan kematian seramai 75 orang.

Tahun ini, sekali lagi kita diuji dengan musibah bermula dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 pada 8 Mac di dalamnya terdapat 227 penumpang serta 12 orang anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, belum terjawab lagi kehilangan pesawat MH370, seterusnya diberitakan pesawat MAS MH17 pula jatuh terhempas akibat ditembak pengganas di Ukraine pada 17 Julai, yang telah membunuh seramai 287 penumpang serta 15 anak kapal.

Terkini, rakyat Malaysia di pantai timur, ditimpa banjir besar bermula pada 24 Disember di negeri Kelantan dan merebak ke beberapa negeri lain yang melibatkan 200,000 mangsa dan Kelantan mencatat angka tertinggi seramai 44,000 orang mangsa. Ketika orang ramai sedang sibuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, kedengaran berita pesawat Airasia QZ8501 yang memuatkan 162 penumpang dari Surabaya ke Singapura hilang, dan kini telah dijumpai bangkainya di Pulau Kalimantan.

Apakah maksud dari semua bencana ini?

image

RAWATAN ILAHI

Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Musibah dan kesusahan tidak dapat dipisahkan dengan sifat sabar, bagi orang beriman apa sahaja yang berlaku kepada dirinya, diterima dengan penuh redha tanpa sdikit pun mempersoalkan takdir yang telah ditentukan Allah keatasnya.

Apabila seseorang ditimpa bencana atau musibah, maka itu merupakan ujian untuk meninggikan darjat buatnya apabila ia bersabar dengan musibah tersebut.

Ulama’ membahagikan sabar kepada tiga bahagian :

Pertamanya, sabar didalam melaksanakan ketaatan atau ibadah kepada Allah, seseorang hamba itu sangat memerlukan kesabaran di dalam menunaikannya, ini kerana nafsu tabiatnya tidak suka kepada penghambaan.

Kedua, sabar di dalam meninggalkan maksiat, ini kerana sangat mudah untuk kita melakukannya, seperti menahan lidah daripada mengumpat dan menipu, sememangnya sangat berat untuk kita bersabar dengannya, barangsiapa yang mampu mengawal lidahnya daripada berbicara buruk, maka ia telah memiliki kesabaran.

Ketiga, Bersabar di dalam menghadapi ujian dan musibah, seperti kematian orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, cacat penglihatan, ditarik nikmat kesihatan, dan pelbagai jenis bala bencana lain. Maka sabarnya itu merupakan makam sabar yang paling tinggi.

Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

من يرد الله به خيرا يصب به
Maksudnya : “Barangsiapa Allah menginginkan kebaikan baginya, diberi musibah baginya.”
(Hadis Sahih Bukhari)

Menurut Syeikh Al-Baidhawi, salah seorang ulama’ mufassirin dan juga muhaddisin yang telah wafat pada 685 hijrah, menerangkan lebih lanjut tentang hadis ini, maksud yang ingin disampaikan sebenarnya musibah itu adalah merupakan penyucian jiwa daripada kotoran dosa serta untuk meninggikan darjatnya, ini kerana musibah dan bencana yang ditimpakan kepada para hambanya adalah sebagai ‘Rawatan Ilahi’ daripada penyakit dosa dan maksiat yang telah dilakukan hamba tersebut, agar ia kembali kepada Tuhan-Nya dalam keadaan fitrahnya yang bersih dan suci.

Apabila berhadapan dengan ujian, tahap kesabaran sebenarnya sedang dinilai oleh Allah SWT. Ini ditegaskan oleh-Nya di dalam Al-Quran

“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” (An-Nahl: 126)

Betapa perlunya seseorang itu memiliki sifat sabar telah dijelaskan di dalam Al-Quran lebih 90 tempat. Malah, ucapan ‘sabar’ itulah yang sering diucapkan apabila seseorang dilanda musibah sebagai penanda aras tahap kesabarannya.

KESABARAN PARA NABI

Banyak kisah para nabi dan sahabat yang Allah telah beri ujian kepada mereka, antaranya Nabi Ayub ‘Alaihi salam, yang termaktub kisahnya di dalam Al-Quran.

Nabi Ayub ‘alaihi salam juga dikenal sebagai simbol kepada sifat sabar, baginda diuji dengan menghidap penyakit kulit yang tiada ubatnya selama kira-kira 8 tahun lamanya, sehingga masyarakat serta ahli keluarganya menyisihkannya kecuali isterinya yang tetap setia bersamanya.

“Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: (‘Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.’ Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.” (Al-Anbiya’: 83-84)

HIDUP DI BAWAH NAUNGAN SYARIAT

Bersempena dengan tibanya tahun baharu 2015 ini, marilah kita mengubah sikap dan cara hidup kita dengan berlandaskan syariat islam di seluruh aspek kehidupan kita, supaya turunnya rahmat dan berkat di dalam kehidupan kita seterusnya negara yang aman dan makmur dan mendapat keampunan Ilahi.

RUJUKAN :

Mukhtasar Minhajul Qasidin
Qasasul Anbiya’
100 Jejak Peribadi Rasulullah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s