Tarbiah ‘Candu’

Hidup Bersama Tarbiah

Apakah yang anda faham tentang makna Tarbiah ?

Ada sebilangan orang menganggap, Usrah sebagai tunjang dan jantung Tarbiah, ia merupakan salah satu wasilah kepada pembentukan jatidiri dan pemikiran islam bagi seorang muslim.

Ada juga yang beranggapan, berjalannya tarbiah seseorang itu apabila ia telah berjaya mengikuti segala aktiviti dan program yang telah disusun oleh Murabbi  untuknya.

Terdapat dua kompenen penting di dalam proses tarbiah, Murabbi dan Mutarabbi
Terdapat dua kompenen penting di dalam proses tarbiah, Murabbi dan Mutarabbi

Terdapat dua kompenen penting di dalam proses tarbiah, iaitu Murabbi (mentor) dan juga Mutarabbi (mentee), kaedah ini juga biasa dignapakai di sekolah dan universiti sebagai salah satu cara untuk senior membimbing dan membantu junior di dalam sebarang masalah.

Kompenen lain yang tidak kurang pentingnya bagi melengkapi proses tarbiah sesesorang individu itu ialah, Manhaj ataupun sistem yang menyusun bahan silibus  yang digunakan Murabbi untuk mentarbiah Mutarabbinya sehingga ia mampu melahirkan insan yang rabbani.

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali ‘Imran: 110)

Berakhirya Perjalanan Tarbiah

Ya, apa yang disebutkan diatas di atas tidak ada salahnya, kerana tarbiah itu adalah satu proses pendidikan dan perkembangan potensi yang ada di dalam diri seseorang ke arah yang lebih baik dengan cara yang tersusun.

Tetapi, yang menjadi salah apabila bergantung semata-mata kepada Murabbi dan Manhaj sahaja yang menyebabkan apabila tiada arahan dan bimbingan daripada Murabbinya atau ia berpindah ke satu tempat yang tiada aktiviti tarbiah disusun seperti yang diikutinya sebelum ini, menjadikan ia lemah dan menyangka ia adalah pengakhiran tarbiah pada dirinya.

Ada kader-kader dakwah yang bertahun-tahun menerima tarbiah, apabila ia berada di dalam situasi tersebut ia menjadi lemah, lalu tidak mampu istiqomah yang akhirnya ia kembali semula kepada kehidupan jahiliyyah, tidak lagi  memikirkan soal iman dan akhirat.

Ada setengahnya yang bergantung kepada program dan aktiviti tarbiah yang disusun untuknya, seolah-olahnya seperti 'CANDU' apabila tiada menyebabkan ia menjadi lemah.
Ada setengahnya yang bergantung kepada program dan aktiviti tarbiah yang disusun untuknya, seolah-olahnya seperti ‘CANDU’ apabila tiada menyebabkan ia menjadi lemah.

Ada yang setengahnya menyangka, apabila ia sudah menghadiri kesemua wasilah tarbiah ia telah menjalani tarbiah dengan cemerlang. Tapi, kayu ukurnya kita sama-sama lihat, adakah selepas pulangnya kita dari usrah, kita mampu tinggalkan maksiat dan perkara lagha ? adakah selepas kembalinya kita daripada mabit, kita mampu istiqomah untuk bangun malam dan bangkit subuh dan bersolat di masjid ?

Akhirnya, ia bergantung ke atas diri kita sendiri, ini kerana setiap aktiviti dan program tarbiah yang kita ikuti hakikatnya hanyalah sebagai batu loncatan kepada kita untuk berubah, sehingga tidak lagi membuat sesuatu oleh kerana pantauan daripada Murabbinya, bahkan mampu merasakan Allah lah yang sentiasa memantau segala gerak geri di dalam setiap aspek kehidupan kita.

Tarbiah Kendiri

Tarbiah Kendiri bermaksud kita mampu untuk mentarbiah diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan dorongan dari ibu, ayah, ustaz, ustazah, naqib, naqibah, kaunselor mahupun teman seperjuangan.Definisi yang lebih mantap dan jelas menerangkan Tarbiyah Dzatiyah adalah suatu  cara-cara atau/dan jalan-jalan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh orang Islam kepada dirinya untuk membentuk peribadi Islami yang sempurna di seluruh aspek ilmiah, iman , akhlak, sosial dan sebagainya. Dan juga menaikkan tingkatan kesempurnaan sebagai seorang manusia.

” Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal. ” (Al-Baqarah :44)

Mindset kita perlu diperbetulkan, tarbiah itu bukan sahaja selama-lamanya untuk ia terus menerima suapan daripada Murabbi dan terus selesa menjadi Mutarabbi, malah ia perlu cepat memproses segala ilmu dan pengetahuan yang diterimanya untuk ia naik ke satu tahap sebagai Murabbi, seterusnya disampaikan pula kepada Mutarabbinya sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s