Ramadan Berlalu, Taqwa Bagaimana ?

Ramadhan Tiba Lagi

Setiap tahun kita pasti menyambut ketibaan bulan ramadhan yang di dalamnya penuh keberkatan dan kerahmatan. Ianya juga disebut  sebagai bulan pesta ibadah dan bulan ini merupakan anugerah ataupun hadiah istimewa daripada Allah s.w.t. buat hamba-hambaNya. Ini kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini berkali-kali ganda pahala yang akan diperolehi.

Ini merupakan peluang besar yang perlu direbut dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat islam seluruhnya, kerana usia umat Nabi Muhammad s.a.w. sangat singkat jika mahu dibandingkan dengan usia umat yang terdahulu yang ibadah mereka beratus-ratus tahun lebih terkehadapan berbanding umat di akhir zaman ini. Samada kita bersedia dan menunggu dengan penuh harapan ataupun kita tidak bersedia kerana tidak merasakan keistimewaannya, ia tetap datang dan akan berlalu tanpa kita pinta. 

Bagaimana Kita Menyambutnya ?

Umat islam di seluruh dunia menyambut ketibaan bulan ramadhan dengan penuh kegembiraan dan meraikannya dengan pelbagai cara yang tersendiri mengikut adat dan budaya negara masing-masing.Di tanah arab, khususnya di Jordan masyarakat arab meraikan ketibaan bulan ramadhan dengan cara yang agak berbeza jika dibandingkan dengan reality yang berlaku di kalangan masyarakat melayu khususnya di Malaysia.

Sepanjang pengalaman penulis sendiri berada di tanah arab dan juga cerita-cerita yang dikhabarkan oleh senior-senior di sini, masyarakat arab sangat sinonim dengan budaya mereka menyambut ramadhan begitu meriah sekali sepertimana keterujaan masyarakat melayu menyambut datangnya hari raya di bulan syawal dengan menghias rumah, menukar perabot baru,menempah berpasang-pasang baju raya, membuat beraneka kuih raya, memberikan duit raya kepada kanak-kanak, membuat rumah terbuka dan boleh juga disebut sebagai ‘raya sakan’. Malah bermacam-macam lagi amalan kebiasaan masyarakat melayu yang adakalanya terlampau berlebih-lebihan sehingga sampai tahap membazir.

Berbeza sekali dengan budaya masyarakat arab yang boleh kita contohi. Mereka sangat membesarkan bulan ramadhan berbanding bulan syawal, kerana apa ? kerana mereka memahami dan menghayati bahawa terdapat banyak sabda nabi junjungan yang meriwayatkan tentang keagungan bulan ini yang mana Allah menawarkan kepada hamba-hambaNya dengan dengan pelbagai tawaran yang sangat istimewa yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain.

 

Kehadiran Ramadan dinanti, pemergiannya ditangisi
Kehadiran Ramadan dinanti, pemergiannya ditangisi

 Bagaimana Para Salafussoleh Menyambut Ramadhan ?

Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal r.h.m. salah seorang imam dari 4 imam mazhab, apabila masuk bulan ramadhan, dia akan beriktikaf di masjid dan membaca Al-Quranul Karim dan meninggalkan semua perkara-perkara lain termasuk menulis kitab dan majlis-majlis ilmu.

Seterusnya Imam Malik r.h.m. juga melakukan hal yang sama sepertimana Imam Ahmad, dengan mengisi hari-harinya di bulan Ramadhan dengan Al-Quranul Karim.

Diriwayatkan juga, Imam Syafie r.h.m. mengkhatamkan bacaan Al-Quranul Karim sebanyak 60 kali di bulan Ramadhan.

Sila lihat video kuliah Fiqh Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Farid Ravi, calon Phd di salah sebuah universiti di Jordan.

http://www.youtube.com/watch?v=CT_4RC4TrM8

 

Apakah Persediaan Kita ?

  1. Berdoalah agar kita diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat dan baik.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadhan.” Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

 

  1. 2.    Rancang dan susunlah agenda kegiatan yang ingin dilakukan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan.

 

  1. 3.    Ulangkaji semula segala hukum-hakam yang berkaitan dengan amalan-amalan ibadah di bulan Ramadhan.

 

  1. 4.    Latih dan membuat persiapan awal amalan-amalan yang ingin dilakukan di bulan Ramadhan seperti, qiamullail,tilawah al-quran,bersedekah dan lain-lain agar kita merasa ringan dan mampu istiqomah (berterusan) melakukannya.

 

  1. 5.    Bertekad untuk meninggalkan segala amalan dan sikap buruk yang ada dalam diri kita, kerana di dalam bulan ini merupakan waktu yang  terbaik untuk kita berubah menjadi muslim yang yang lebih baik.

 

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

Apakah Amalan Yang Utama Menjelang Ramadhan ?

Banyak amalan yang kita boleh lakukan sepanjang bulan Ramadan, tetapi terdapat beberapa amalan yang utama dan dianjurkan untuk diamalkan ketikamana bulan Ramadan.

  • Berpuasa dengan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa

 

  • Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan menghayati ayat-ayat di dalamnya

 

  • Melakukan solat sunat tarawih samada secara berjemaah ataupun bersendirian

 

  • Berusaha untuk qiamullail (solat malam) sepanjang ramadhan

 

  • Bersedekah dan memberi makan kepada orang yang berpuasa

 

  • Iktikaf di masjid di sepuluh malam yang terakhir bagi mengejar malam lailatul qadar

 

Kenanglah Nasib Saudara Di Sekeliling Kita

Di dalam kesenangan kita menyambut ramadhan, janganlah dilupakan saudara-saudara muslimin di sekeliling kita yang di dalam kesusahan, terutamanya di negara-negara yang sedang bergolak dan juga yang ditindas seperti, Palestin,Syria dan terkini di Mesir.

Terfikirkah kita bagaimana perasaan mereka menyambut ramadhan dalam keadaan dhaif dan juga serba kekurangan ? Di bulan yang mulia ini, penulis menyeru kepada para pembaca sekalian untuk sama-sama kita berkongsi kesedihan bersama mereka dengan membantu dan menyumbang mengikut kemampuan kita, samada dengan cara berdoa,menginfak,mengutip sumbangan,mengajak masyarakat untuk bersama-sama mengambil cakna tentang isu umat islam yang berlaku di sekeliling dan sebagainya.

  image

Taqwa Indikator Keberkesanan Ibadah Puasa

“ Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. “

(Al-Baqarah : 183)

Acapkali kita mendengar ayat ini di dalam ceramah atau mana-mana artikel yang kita baca di blog-blog apabila hampirnya ketibaan bulan ramadhan sebagai dalil mewajibkan seluruh umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang merupakan rukun islam yang ketiga.

Menariknya, satu tawaran yang Allah tawarkan kepada orang-orang yang beriman yang bersungguh-sungguh di dalam ibadah puasanya akan menghasilkan satu natijah yang luarbiasa yang bukan calang-calang orang yang mampu memilikinya, iaitu sifat ‘Taqwa’.

Penulis mendoakan semoga para pembaca berjaya melepasi segala ujian di dalam madrasah ramadhan dan berjaya memiliki sifat taqwa ini, seterusnya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Kullu Aam Wa Antum Bikhair.

 

Zabidi Azhar,

Tahun  2,

Usuluddin, Kuliyyah Syariah,

Universiti Al Al-Bayt,

Mafraq, Jordan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s