Kualiti Masa

 

Image

Salam Ceria,

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang mengambil jurusan agama dan muslim umumnya bagaimana untuk memanfaatkan masa yang ada..silakan.

Agak kagum dan seakan-akan tidak percaya bila membaca kisah amal ibadah ulama’ dan imam-imam terdahulu terutamanya imam Ahmad bin hanbal yang melazimi bacaan al-quran 1/7 setiap hari,kira-kira beliau mengambil masa seminggu sahaja untuk mengkhatamkan al-quran.

Di dalam kesibukan mereka menyampaikan ilmu,menulis kitab,mengkaji al-quran dan hadis tetapi itu semua tidak menjadi sebab mereka mengabaikan hak mereka sebagai hamba kepada Allah s.w.t. dengan sentiasa istiqomah (berterusan) dalam amal ibadah mereka.
diriwayatkan imam syafie rahimahumullah hampir setiap hari khatam bacaan al-quran.

Apakah rahsia mereka ?

Saya cuba untuk mengikut jejak mereka,dan ternyata kita juga mampu melakukan seperti mereka. Mari saya tunjukkan bagaimana kita mampu berbuat begitu, setiap halaman muka surat al-quran mengambil masa seminit atau setengah minit. Jika kita mendispilinkan diri untuk membaca setiap kali sebelum dan selepas solat 20 m/s (1 juz), ia hanya mengambil masa 10 minit sebelum solat dan 10 minit selepas solat. Jika kita berterusan mengamalkannya setiap kali solat, maka kita akan mendapat 5 juz al-quran sehari, dalam masa 6 hari kita mampu untuk mengkhatamkan al-quran !

Masa tak cukup ?

Imam-imam dahulu mereka pun diberi masa 24 jam sehari seperti kita. Tetapi, bagaimana mereka mampu melakukan ibadah yang banyak di celah-celah kesibukan mereka mengembara menuntut ilmu,menyampaikan ilmu,menulis kitab ? Jawabnya, mereka memanfaatkan dan mengatur masa mereka dengan baik. Mereka menjadikan setiap detik dalam hidup mereka untuk diinfakkan kepada umat. Tidak hairanlah mereka mampu menghasilkan berpuluh-puluh kitab yang hebat-hebat dan menjadi rujukan sehingga zaman ini walaupun umur mereka singkat.

Ke mana masa kita habiskan ?

Kita juga sebenarnya mampu untuk mencapai pencapaian seperti mereka bila kita mengetahui kepentingan menghargai masa dan menjaganya dengan penuh disiplin.
ambil sedikit dari masa-masa yang kita gunakan seharian untuk kita memberi peruntukan lebih kepada bacaan al-quran,mengkaji kitab-kitab,menghadiri majlis-majlis ilmu.

  • masa tidur kita 1 jam dari 5-6 jam, 
  • masa berfacebook kita 1 jam dari 3-4 jam, 
  • masa bersembang kosong kita 1/2 jam dari 2 jam, 
  • masa berjalan tak tentu hala 1 jam dari 3 jam, 
  • masa makan kita 1 jam dari 3 jam, 
  • masa membaca novel kita 1 jam dari 3 jam, 
  • masa menonton movie kita 2 jam dari 3-4 jam,
  • masa membaca cerita politik,hiburan kita 1/2 jam dari 2 jam

Maka kita akan dapat peruntukan masa 9 jam dari 24 jam untuk kita melakukan amalan sepeti ulama’ dan imam-imam terdahulu.

Soalnya, mahukah kita ? 

Advertisements

4 thoughts on “Kualiti Masa

  1. MasyaAllah….sungguh bernas tulisan anda. Ya, saya mahu cuba. InsyaAllah. Lebeh banyak saya membaca tulisan merangsang seperti ini, lebeh kuat pedoman saya insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s