Oh,My Arab

Salam Ceria,

Hari ni nak kongsi pengalaman berkenalan dengan seorang sahabat arab.best sangat ke duduk di tanah arab ni ? bangsa arab ni kan bangsa kelahiran nabi s.a.w. nak tau, baca kisah saya ni..

Hampir setengah tahun berada di tanah arab ini apa yang saya lihat dan rasai berbeza dengan apa yang saya dengar dan sangkakan sebelum saya tiba di sini.
selama ini saya menyangkakan penduduk arab adalah contoh terbaik dari segi pengamalan syariat juga akhlaknya,tetapi ternyata sangkaan saya meleset.
selama ini saya mendengar masyarakat arab mempunyai budaya yang sangat istimewa dari segi layanan dan penghormatan terhadap tetamu yang mengunjungi rumah mereka, tetapi tidak merasai begitu malah acapkali diperlakukan dengan perlakuan yang menjengkelkan dan menguji tahap kesabaran digelar dengan gelaran ‘Ali Baba’^^

Serius,sungguh menghampakan..

Tapi,saya tidak berputus asa saya yakin di celah-celah sifat kasar dan ganas arab ini pasti ada yang berhati mulia dan masih memiliki akhlak yang baik.saya pujuk juga hati saya untuk terus membuktikan kebenaran dari apa yang saya dengar selama ini.

Jaulah
        Berjalan melihat tempat bersejarah sekitar jordan

Tapi,pada malam ini saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang pemuda arab yang soleh di sebuah masjid, umurnya hampir sebaya dengan saya.juga seorang pelajar jurusan sains di universiti yang sama dengan saya.

Ini adalah pertemuan kedua saya dengan pemuda bernama Ali Ibn Abd Aziz ini. kali pertama saya bertemu dengannya ketika dalam perjalanan ke jamiah menaiki coaster yang sama, dia duduk di sebelah saya.saya tertarik dengan akhlak dan keramahannya dan sentiasa tersenyum sepanjang perbualan,dan diakhir pertemuan dia membayar tambang untuk saya.

Setelah selesai solat isyak,saya diundang ke rumahnya di hayy hussien hampir 15 minit perjalanan dari rumah saya di hayy janubi, dalam perjalanan saya berhasrat untuk belanja dia ‘bughzoh’ (kalimah baru belajar hari ni ^^) dan singgah sebentar di sebuah kedai, tapi akhirnya dia telah membayarnya dan menolak duit yang telah saya hulurkan.

Masjid
                         Masjid Jamiah Yarmouk, Irbid

Setibanya di rumah beliau, saya telah diperkenalkan dengan rakan-rakannya yang tinggal berdekatan dan juga ahli keluarganya.ibunya seorang suri rumah dan memiliki kepakaran memasak masakan arab seperti mansaf,kabsah dan juga maqlubah, dan ibunya mempelawa untuk saya datang ke rumahnya pada bila-bila jika ingin merasai masakan tradisi arab dan berjanji akan mengajar saya cara memasak jika saya mahu.(macam tau2 je saya ni penggemar makanan arab..hehe)

Image
                  Nasi Bukhari masakan sendiri

Setelah saya dijemput duduk,saya dihidangkan dengan ‘qohwah arabi’ sebagai tradisi menyambut tetamu dan saya diajar beberapa perkara adat budaya arab, (cara memegang cawan pun ada adatnya !)kemudian,dihidangkan pula ‘syai binna’na’ beserta ‘halawiyyat’,setelah selesai minum,saya bercadang untuk meminta diri oleh kerana memikirkan dia ada exam keesokan harinya.tapi,dia menghalang saya dan mengeluarkan satu talam hidangan dari dapur.(mak aiih,yang nak makannya sorang tapi hidangnya untuk 6-7 orang makan..hehe)terpaksa jugalah saya menjamah sedikit untuk tidak menghampakan beliau walaupun sebenarnya kekenyangan dek melantak waktu berbuka maghrib tadi.

Setelah agak lewat, saya meminta izin unuk pulang dan berjanji akan datang di lain masa, dan dia sangat mengalu-alukan kedatangan saya..lalu dia menemani saya keluar sehingga ke jalan utama dan menahan sebuah teksi untuk saya dan membayarkan tambangnya untuk saya.saya dah terlalu segan sejak dari awal perkenalan dia sentiasa terkehadapan dalam memberi dari menerima.

Image
Ketika Jaulah di salah sebuah tempat terkenal di jordan,Petra.

Akhirnya keyakinan saya tidak sia-sia,dan saya berjaya membuktikan apa yang saya dengar dan sangkakan selama ini ternyata benar.dalam keburukan itu pasti terselit kebaikan jika kita bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah s.w.t. :

” Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana seseungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. “
(Al-Baqarah : 153)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s