MUROBBI BERWIBAWA YANG BERJIWA BESAR

CITA-CITA ISLAM

Di sebuah kampung yang terpencil,di mana tinggalnya seorang murobbi yang berjiwa besar untuk merubah dan mendidik masyarakat dengan tarbiyah islam yang sebenar.Cita-cita dan semangat perjuangan itu telah berkobar-kobar semenjak beliau  di bangku sekolah lagi.Setelah menamatkan pengajian sebagai seorang graduan syariah al-azhar dan sekembalinya ke kampung halaman maka bermulalah episod perjuangan beliau.

Memulakan dan menghidupkan kerja-kerja dakwah dan tarbiah di kampung bermula dengan berseorangan sehinggalah akhirnya berjaya melahirkan kader-kader dan rijal-rijal dakwah yang telah menjadi pendukung dan penggerak dakwah sebagai penerus perjuangan menyampaikan risalah islam.

Dalam usaha beliau untuk menghidupkan dakwah dan tarbiyah ini bukan sedikit pengorbanan yang beliau telah korbankan terutama dari segi masa,tenaga dan harta.malah segala ilmu pengalaman yang ada telah dicurahkan demi menjayakan projek islam yang beliau cita-citakan selama ini.

PERIBADI YANG DISEGANI

Beliau sangat dikenali dan disegani penduduk kampung kerana keramahan dan kesediaannya memberi khidmat nasihat dan membimbing masyarakat dengan bimbingan agama juga menjadi tempat rujuk masyarakat terutamanya anak-anak muda yang menyenanginya.masa beliau banyak dihabiskan bersama masyarakat dan murid-muridnya dengan mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan bahasa arab,ziarah,rehlah,usrah serta program-program remaja di sekolah-sekolah mahupun di masjid-masjid.

Saya mengenali sosok murobbi ini agak lama dan mempunyai hubungan yang rapat sebagai seorang murid,mutarabbi (orang yang dibimbing) dan juga rakan seperjuangan.Sepanjang bersama dengannya saya mengenali beliau sebagai seorang pemimpin,murobbi,guru dan juga seorang kawan dalam berkongsi cerita dan pengalaman beliau dengan bersahaja adakalanya terselit unsur-unsur jenaka dan nasihat dalam penyampaiannya.

PENDIDIKAN YANG ISLAMIK

Dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan soal agama dan mengamalkan syariat islam di dalam kehidupan.Mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang (KIK) sekarang ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) disitulah beliau mendapat didikan dan tarbiyah.Kemudian beliau berjaya melanjutkan pengajian ijazah di sebuah universiti yang tertua dan terkemuka di dunia iaitu Universiti Al-Azhar,Mesir.Bumi yang subur dengan ilmu dan telah melahirkan ramai ulama’ terkemuka dunia.

Beliau juga telah mendidik dan menyampaikan ilmunya dengan mengajar di sebuah sekolah agama dalam tempoh yang agak lama sehingga pernah memegang jawatan mudir (pengetua) beberapa tahun. disamping itu beliau juga aktif menyampaikan ceramah dan syarahan agama di masjid-masjid.

PERJUANGAN PENUH BERHIKMAH

Prinsip perjuangan beliau sangat jelas dan berobjektif.beliau berjuang atas dasar kefahaman dan ilmu yang telah beliau perolehi,bukan sekadar ikut-ikut mahupun suka-suka.pendekatan dakwah yang disampaikan penuh berhikmah dan berakhlak.oleh kerana itu,seruannya diterima seluruh lapisan masyarakat, walaupun berbeza jemaah,parti,persatuan tetapi jauh di sudut hati mereka sangat mengakui kebenaran dakwah yang dibawa.kerana risalah ini risalah yang dibawa oleh ar-rasul s.a.w.

Beliau juga lebih banyak beramal dari berkata-kata,dan akan mengotakan apa yang diperkatakan.

USAHA DAN CABARAN BERDAKWAH

Medan dakwah beliau merangkumi seluruh lapisan masyarakat dan pelbagai golongan, antaranya : ibu bapa,guru-guru,remaja-remaji,kanak-kanak,jkk kampung,masjid,surau,sekolah dan lain-lain.

Pendekatan yang beliau gunakan dengan terlebih dahulu memberi kesedaran serta kefahaman betapa perlunya kembali kepada ajaran islam dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah, sepertimana sabda nabi s.a.w. yang bermaksud :

“aku tinggalkan pada kamu semua dua perkara yang mana jika kamu berpegang teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya ; Al-Quran dan As-Sunnah.”

cabaran dan ujian yang ditempuhi bukan sedikit kerana berdakwah di kampung berbeza dan lebih mencabar berbanding  berdakwah kepada pelajar di universiti ataupun kampus.tahap pemikiran dan penerimaan kefahaman sudah tentu berbeza dan memerlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi.tetapi itu bukanlah penghalang bagi seorang daie untuk menyampaikan dakwah.

masanya banyak dihabiskan untuk memberi tarbiyah anak muda

CONTOH TELADAN

Keseluruhan umurnya diwakafkan untuk dakwah dan perjuangan islam.keikhlasan beliau dalam berjuang dapat dilihat dari kesederhanaan hidupnya.bertahun-tahun beliau memandu kereta kancil ‘mata belalang’ ke hulu hilir.dengan kereta itulah beliau membawa kami berjaulah,berziarah,bermukhayyam, dan dengan kereta itu jugalah disumbat kambing untuk dibuat korban.^^ sehingga boleh digelar ‘kereta dakwah’.

tidak dinafikan, mungkin diluar sana lebih ramai tokoh atau figura yang lebih baik untuk dicontohi peribadinya. tetapi,saya lebih suka menonjolkan kisah beliau kerana saya mengenalinya secara peribadi dan menjadi contoh terdekat buat saya dan rakan-rakan dalam arena dakwah.

Kini,beliau berjuang di medan yang lebih besar semata-mata demi mempertahankan islam agar generasi akan datang masih menikmati nikmat yang besar ini.,tidak ada sedikit pun kepentingan peribadi pada beliau.kerana beliau yakin ‘islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi selain islam’.

Kenangan bersama Murobbi Pertama
Kenangan bersama Murobbi Pertama, Ustaz Mohd Pathan Hussin

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s